CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Saturday, February 7, 2009

CINTA ITU CINTA KITA (part 6)

Kelas bersurai. Amira dan Zurina sahaja hari ini. Rozie kurang sihat katanya.

 

“Mira.” Amira menoleh mendengar namanya dipanggil Yazid.

 

“Mira, apa kata kalau kita lunch atau dinner?” cadang Yazid. Amira masih diam. Dia memandang Zurina. Zurina hanya menjungkitkan bahunya.

 

“Ala Rina kan boleh balik sendiri.” Sahut Yazid lagi. Dia menanti penuh sabar. Akhirnya Amira mengangguk.

 

Yazid tersenyum gembira.

 

Disebuah restoran yang agak mewah menjadi destinasi Yazid dan Amira.

 

“You nak order apa?” Tanya Yazid.

 

“Jus epal je lah.” Pinta Amira.

 

“Jus epal dua.” Pinta Yazid kepada pelayan di restoran itu. Yazid cuba memegang tangan Amira. Namun pantas Amira menarik tangannya. Yazid mendengus.

 

Tiba-tiba mata Amira terpaku pada sepasang kekasih yang begitu mesra. Si perempuan memegang kepalanya sendiri seakan sedang pening dan si lelaki pula memapah si perempuan itu.

 

“Eh, perempuan itu macam kak Ana. Siapa lelaki kat sebelah kak Ana tu?” Amira berkata di dalam hati.

 

“So, macam mana dengan soalan I?” Tanya Yazid.

 

“Soalan? Soalan apa?” Amira kebingungan.

 

“Soalan tentang kita. You bersedia untuk jadi kekasih I?”

 

Tersentak Amira mendengar perkataan kekasih.

 

“I…. I…. Em…. I bagi jawapannya dua atau tiga hari lagi ok?”Amira terkejut dengan jawapannya sendiri.

 

“Apa yang aku cakap ni?” Amira mengufuk dirinya sendiri.

 

“Really? Okey, I tunggu jawapan you. I harap you tak kecewakan I.” kata Yazid penuh semangat.

 

“Yang kau ni macam cacing kepanasan ni kenapa? Lain macam je aku tengok.” Rafi bertanya.

 

“Lain macam? Tak adalah. Biasa je.” Dalih Shahrul.

 

Aku tau, kenapa kawan kita yang sorang ni macam diserang angau.” Tambah Malik.

 

“Orang tua-tua cakap, penyakit ni memang ada ubatnya.”

 

“Apa?”

 

“Ubatnya ada lima. Nak tau apa? C.I.N.T.A. Itulah ubatnya.” Terkekeh-kekeh Malik dan Rafi ketawa.

 

“Apa yang kau dua orang gelakkan? Cinta apanya?”Shahrul masih berdalih.

 

“Alah Rul, tak payahlah kau sembunyikan dari kita orang. Kami dah tau dah.” Ujar Malik. Rafi turut tersenyum.

 

“Tu, muka kau tu, dah jelas sangat yang kau tu ada feeling kat Miss Suzana kita tu.” Rafi berkata sambil diakhiri tawa penuh makna.

 

“Mana ada. Aku… Aku biasa je.”

 

“Tak payahlah risau Rul, buah hati kau tu tak ada apa-apa. Cuma tak sihat je.” Tambah Malik. Hati Shahrul sedikit lega mendengar kata-kata Malik tadi. Jadi tak lah dia begitu risau.

 

“Mira” Amira menoleh apabila namanya dipanggil Airil. Jantung Amira berdegup kencang. Terasa ingin sahaja dia berlari lebih laju daripada larian paginya. Airil kini berdiri di sebelah Amira.

 

“Ya. Ada apa?” Tanya Amira dalam gementar.

 

“Kita duduk kejap. Abang ada hal nak tanya ni.”

 

Mereka duduk di sebuah kerusi panjang. Amira hanya menanti dengan sabar dan melihat beberapa orang yang sedang jogging.

 

“Mira rapatkan dengan kak Suzana?” Tanya Airil.

 

Sebenarnya dia sendiri gentar untuk bertanya. Takut rancangannya tak menjadi. Amira tergamam. Serta merta peristiwa di restoran tempoh hari berlegar-legar di mindanya dan kata-kata Puan Salimah.

 

(Abang Airil yang hantar kak Ana kamu balik semalam.)

“Mira, Mira okey ke?” Tanya Airil.

 

“Mmm, okey. Mira okey. Kenapa bang?” mira mengesat peluh yang mengalir di lehernya dengan tuala kecilnya.

 

“Abang…. Abang sebenarnya.. Em… Nak minta tolong dengan Mira.”

 

“Tolong? Tolong apa?” Mira hairan.

 

“Sebenarnya abang nak tau kak Suzana tu dah ada yang berpunya ke belum? Ya lah, bukan apa, takut nanti kalau abang dekat dengan  dia, ada pulak yang marah.”

 

Terasa ingin terbeliak anak mata Amira. Jantungnya pula bagaikan baru diletupkan bom. Tergamam Amira seketika.

 

“Apa? Apa dia bang?” Amira seakan tak percaya.

 

Airil menceritakan tentang rancangannya untuk mendekati Suzana kerana dia rasakan Suzana adalah gadis yang sempurna di matanya dan kedua ibu bapa mereka memang saling mengenali antara satu sama lain. Airil mengucap syukur saat Amira bersedia membantunya. Saat kelibat Airil hilang daripada pandangan mata Amira. Empangan air matanya pecah dan tak tertahan lagi.

 

“Kak.” Kenapa tiba-tiba terbayang wajah Yazid, Suzana, Airil dan Haikal. “Tak mengapa. Demi kebahagiaan kak Ana, Mira rela kak.” Dalam sebak Amira melangkah tanpa arah dan dia membawa hati yang luka. Rupanya lelaki yang diidamkan selama ini menyukai insan lain.

 

“Ana, ni Mira datang.” Suzana menoleh, namun tangannya tetap menyiram tanaman Puan Salimah.

 

“Ni mak dengan ayah nak pergi jenguk si Mirul. Kamu betul ke dah sihat?” Tanya puan Salimah.

 

Suzana mengangguk dan tersenyum. Kelibat Amira kelihatan di sebelah Puan Salimah.

 

“Dah lah mak pergi dulu. Duduk rumah elok-elok. Ana, Mira, mak cik pergi dulu ya nak.”

 

“Baik mak cik.”

 

“Ayahnya, cepatlah. Amboi, mengalahkan Datuk!” omel Salimah apabila melihat suaminya yang segak.

 

“Hai, awak ni. Saya segak pun salah. Tak apa, nanti mana lah tahu, si Ana dengan Mirul ada calon mak baru kan.” Encik Syafik berjenaka. Puan Salimah membulatkan anak matanya. Mereka semua tergelak dengan adegan itu.

 

“Apa? Mira dah fikir masak-masak ke ni?” Suzana jelas kelihatan terkejut dengan apa yang baru didengarnya dari mulut Amira. Amira mengangguk dan tersenyum.

 

“Habis, macam mana dengan Airil? Dia yang Mira cinta dan suka. Bukan Yazid.” Suzana masih tak mengerti.

 

“Apa salahnya. Mira tengok dia benar-benar ikhlas dengan Mira selama ini. Dia tak pernah putus asa dan Mira rasa lebih baik Mira gapai yang pasti daripada yang kelam-kelam.” Jelas Amira. Suzana terdiam. Jika itu keputusan Amira, dia tak boleh berkata apa-apa.

 

Keputusan yang Amira buat siang tadi benar-benar memeranjatkan Suzana. Setahu dia, Amira begitu menyukai Airil. Tapi dalam sekelip mata sahaja Amira berubah fikiran. Tiba-tiba telefon bimbit Suzana berbunyi. “Nombor siapa pulak ni?”

 

Airil mematikan talian. Dia tersenyum senang.

 

“Ha, ni mesti telefon buah hati.” Sergah Shahrul.

 

“Eh, mana ada. Kawan je.” Dalih Airil.

 

“Ala bang. Shah tahu kalau telefon sambil senyum-senyum ni biasanya tengah angau.” Shahrul dan Airil berpandangan dan tertawa.