CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 11, 2009

CINTA ITU CINTA KITA (part 1)

Deringan telefon bimbit di atas meja menghentikan lamunan Suzana. Bibirnya menguntum senyum pantas punat hijau di telefonnya di tekan.


“Hello”, sahut Suzana.


“Sayang, you dekat mana?”, Tanya suara itu.


“Dekat sini”, Suzana melambaikan tangannya kearah seorang pemuda. Dahinya berkerut melihat seorang gadis berjalan seiringan dengan kekasihnya itu. Namun, senyuman tetap diberikan.


Lelaki itu menghampiri Suzana.


“Sayang, kenalkan ni….”, tersekat-sekat kata-kata itu keluar dari mulut Haikal.


“Saya Emelda, calon isteri Haikal”, akhirnya gadis itu sendiri yang bersuara.


“Apa? Apa yang you merepek ni Haikal?”Tanya Suzana seakan tidan percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.


Lambat laun Haikal bersuara juga.


“Ya, apa yang Emelda katakan tadi semuanya benar. Kami, kami dah terlanjur dan I harus bertanggung jawab. Jadi, I rasa baik kita putus. I’m sorry honey,” Haikal cuba meraih tangan Suzana, namun pantas ditepis. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah juga.


Suzana bingkas. “You memang tak ada perasaan Haikal. I hate you.” Tanpa berfikir panjang gelas yang berisi air putih itu disimbah tepat ke wajah Haikal. Haikal jelas kaget. Tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di dalam restoran itu, Suzana berlari ke pintu restoran. Rasanya tak sanggup lagi menatap wajah itu.


Di dalam kereta, Suzana menangis melepaskan kekecewaan di hati.


“Kenapa Haikal? Kenapa? Kenapa kau sanggup buat aku begini?” bentak hatinya.


Tiba-tiba cermin keretanya diketuk membuatkan tangisannya terhenti.


“Maaf cik, cik ok ke?”, Tanya seorang pemuda.


“Ya, saya ok, kenapa?”, Tanya Suzana sambil mengesat air matanya.


“Taklah, saya ingatkan ada apa cik brek tiba-tiba tadi. Betul ke ni tak ada apa-apa?”, tanya pemuda itu lagi.Suzana hanya mengangguk dan menghidupkan enjin keretanya.

0 comments: