CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Sunday, January 11, 2009

CINTA ITU CINTA KITA (part 2)

“Mah, cuba awak tengok si Ana tu, makan tak nak, itu tak nak, ini tak hendak, dia ada masalah ke?” Tanya Encik Syafik, ayah kepada Suzana.


“Ya tak ya jugakkan bang. Tadi saya panggil dia pun dia diam saja. Saya pergi tengok dia dululah”, Puan Salimah menaiki anak tangga menuju ke kamar Suzana.


“Ana. Ana bukak pintu ni sayang. Ini mak ni”, sahut Puan Salimah.


Daun pintu terbuka luas. Terperanjat Puan Salimah melihat mata Suzana yang sembam itu.


“Ya Allah, anak mak ni kenapa? Em, sini cerita dengan mak”, Tanya Puan Salimah.


Suzana memeluk erat tubuh ibunya, seakan terlepas segala bebannya.


“Haikal, mak.”


“Ya. Kenapa dengan Haikal? Cuba cerita dengan mak sayang”, Puan Salimah mengusap kepala anak kesayangannya itu dengan penuh kasih.


Suzana menceritakan segalanya dan petang ini Amira akan bertandang ke rumahnya.


Syafik melangkah perlahan menuju ke taman rumahnya. Menyedari ada seseorang, Suzana menoleh.


“Ayah. Duduklah”, Suzana mempelawa.


“Ni, yang mata tu macam baru lepas nangis kan?” Suzana hanya menunduk.


“Ana, kadang-kadang kita niada di atas, kadang-kadang kita di bawah. Tapi, bila kita dibawah, kita jangan terlalu meratap.
Patutnya Ana kena bersyukur tau sebab tak dijadikan mangsa lelaki macam Haikal tu. Dahlah, ayah tak nak tengok Ana sedih-sedih lagi. Nanti, bukan setakat Haikal, bai yang jual karpet tu pun tak nak kat anak ayah ni”, dalam nasihat, sempat Encik Syafik selitkan jenaka.


Mendengar ayat yang terakhir itu membuatkan Suzana tergelak.


“Ha, itu si Mira sudah sampai. Ayah kedalam dulu ya”, Encik Syafik berlalu.


Amira melangkah mendekati Suzana yang duduk di meja bulat.


“Hai kak. Kenapa ni? Ni mesti gaduh dengan abang Haikal kan.”


“Bukan gaduh lagi, kami dah putus dah pun.”


“Habis, akak tak nangis pun.”


“Nak nangis buat apa? Patutnya akak nangis semalam sebab bersyukur.”


“Bersyukur? Bersyukur kenapa pulak?” Amira masih hairan.
“Ya lah. Bersyukur sebab tak jadi mangsa nafsu si Haikal tu.”



Akhirnya Suzana menceritakan perilaku sebenar Haikal. Barulah Amira mengerti.


Selesai makan malam, Suzana dan Amira duduk bersama Encik Syafik dan Puan Salimah sambil menonton televisyen.


“Besok kamu kerja Ana?” Tanya Encik Syafik.


“Kerja ayah. Rasa boring pulak duduk rumah tak buat apa-apa”, jawab Suzana.


“Em, baguslah tu. Sibukkan diri. Mungkin boleh lupakan masalah.”


“Mirul bila balik mak?” Tanya Suzana tentang adiknya itu.


“Lusa katanya. Ada hal sikit di sekolahnya. Biasalah asrama.” Jawab Puan Salimah.


“Kenapa? Rindu ke dengan Mirul? Tu lah, bila jumpa asyik gaduh je. Bila tak ada tertanya-tanya” bebel Encik Syafik.


Setelah berbual dengan mak dan ayahnya, Suzana dan Amira membuka agenda masing-masing.


“Kak!” Amira memanggil Suzana. Walaupun lampu sudah dimatikan, mulut Amira masih berbicara. Suzana hanya melebarkan telinga mendengar semuanya.


“Apa.”


“Akak rasakan, Airil tu macam mana?” Tanya Amira.


“Biasa je. Tapi Mira kalau dah suka, cakap je, janagn seksa perasaan sendiri. Nanti akak kebas baru tau.” Suzana berceloteh.


“Janganlah.. Ha, ni kak, dekat kolej ada sorang budak ni, nama dia Yazid. Selalu kacau Mira. Geram tau.” Rungut Amira.


“Ha, tu maknanya dia suka dekat Mira”


“Tapi, Mira rimaslah dengan cara dia tu. Bagi bungalah, kad, surat, macam-macam lagilah.”


“Kalau akak jadi Mira, akak lebih kejar yang pasti daripada yang kelam-kelam.”


“Alah, si Yazid tu mesti banyak awek tu. Daripada muka dia dah tau yang dia tu playboy. Akak ras…. Akak?” dalam kesamaran Amira melihat wajah Suzana. Amira tertawa sendiri.


“Rupa-rupanya aku cakap sorang-sorang. Dah tidur rupanya.”

0 comments: