CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Tuesday, January 13, 2009

CINTA ITU CINTA KITA (part 3)

"Shah.. Shah tak tidur lagi?"


"Belum mak long. Tak taulah kenapa mata ni tak nak lelap pulak."


"Biasalah tempat baru. Kamu mula kerja kat sini bila."


"Besok mak long."


"Dah lah tu. Pergi tidur. Nanti lambat pulak." Nasihat Maria.


"Mak long, abang Airil mana? Tak nampak pun dua tiga hari ni."


"Dia outstation ke Perak."


Memang sukar untuk lelap matanya.


"Ya, mungkin tempat baru." Desis hatinya.


Namun ada satu hal yang membuat dia terbayang-bayang pada seorang gadis yang hampir berlanggar dengannya di sebuah restoran dua hari lalu dan dia yakin gadis di restoran itu gadis yang sama di dalam kereta kelmarin.


Semenjak itu, bayangan gadis itu sering mengganggunya. Memang semenjak orang tua Shahrul meninggal dalam satu kemalangan jalan raya, dia menyambung pelejaran ke United Kingdom.


"Mak ayah, Ana pergi dulu ya."Suzana meminta diri.


"Saya balik dulu mak cik, pak cik. Terima kasih."Mira turut meminta diri.


"Assalamualaikum."


"Waalaikumsalam."


"Saya rasa macam hari ni saya tak balik tengah hari sebab meeting banyak sangat."


"Ye lah bang. Tapi, jangan lupa waktu makan tu kena makan. Jangan tak makan pulak.. Faham ayahnya." omel Salimah.


"Faham emaknya. Abang pergi dulu. Dah lambat ni." Salimah mengiringi suaminya dengan lambaian.


Kereta Suzana berhenti di hadapan rumah Amira.


"Akak tak nak singgah dulu?" tanya Amira.


"Tak pe lah Mira, akak takut jem pulak nanti."


"Ok, bye."


"Bye"


Suzana menghidupkan enjin keretanya dan meluncur laju.


Shahrul yang sedang membuka pintu pagar terhenti kerana khusyuk memerhatikan sebuah kereta yang lalu dihadapannya tadi.


"Dia? Mira?" Shahrul kebingungan.


Shahrul meletakkan keretanya di tempat letak kereta. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja di tempat baru. Sebelum ini dia ditempatkan di Pulau Pinang.


Semua berjalan dengan lancar setelah diletakkan di sebuah pejabat sebagai partner seorang pekerja kesayanagn Encik Riduan.


"Zura, ini dia partner Suzana yang kita tunggu. Boleh awak kenalkan pada semua staf?" arah Encik Riduan.


"Baik Encik Riduan."


Zura memperkenalkan Shahrul kepada semua staf di Decoration Holding Company.


"Yang ni Malik, ini Hajar, yang ni Rafi dan ini Farhan."


"Mana partner I tu? I nampak pun." tanya Shahrul.


"Partner? Oh, you punya partner pergi jumpa client. Maybe after lunch dia balik office. Kenapa? Dah tak sabar ke? Tak pe, kalau dia tak ada, I kan ada." Zura berlalu dengan lenggok yang manja.


"Kawan, hati-hati sikit dengan dia." Rafi berdiri di sebelah Shahrul. Shahrul tak mengerti.


Suzana memandang sekilas kearah jam keretanya. "Em, dah waktu lunch, terus lunch je lah. Lagipun, Hajar dengan Zeti dah tunggu. Suzana mematikan enjin keretanya. Tanpa berlengah terus melangkah. Saat mata Suzana sedang melilau mencari Hajar dengan Zeti, terasa tubuhnya dirempuh seserang.


"Aduh." Suzana menoleh.


"Maaf cik, saya... sa.. saya..." tersekat-sekat suara itu.


"Tak apa." Suzana berlalu pergi.


"Woi, kenapa ni? Lain macam saja." tegur Malik.


"Jom, Rafi dah tunggu kita."


Shahrul memandang sekujur tubuh itu hingga hilang daripada pandangan.


Rafi dan Malik menikmati makanan masing-masing.


"Kau ni kenapa Shah? Terkenang kat buah hati ke?" tanya Rafi.


"Buah hati? Wah, ni mesti anak mami ni, tak pun anak nana kan?" sampuk Malik. Shahrul tersenyum.


"Tak adalah."Shahrul mula berlagak tenang. Padahal hatinya bergoncang kencang.


"Siap dia."


"You ni Amira binti Rozali ke?" tanya seoranggadis kepada Amira. Amira terkejut.


"Ya, ada apa?" tanya Amira.


"Aku buat salah ke?" bisik Amira dalam hati.


"Ni ada kad untuk awak." kata gadis itu sambil menyerahkan sekeping kad kepada Amira. Amira menyambutnya.


"Siapa yang bagi?" tanya Amira dalam kebingungan. Gadis itu hanya mengangkat bahunya dan berlalu pergi.


"Wah, bestnya jadi kau Mira. Setiap hari mesti ada saja peminat yang hantar kad, tak pun bunga." Rozie begitu teruja.


"A'ah la. Lelaki ni tak putus asa kan Zie." tambah Zurina.


"Ah, ni mesti si Yazidlah ni. Tak penat ke dia setiap hari hantar kad setiap hari? Aku pulak yang rimas."


Tiba-tiba bagai terdengar suara Suzana di cuping telinganya.
(Kalau akak jadi Mira, akak akan kejar yang pasti dari yang kelam-kelam). Kad itu dibaca lalu Amira membuat keputusan.

0 comments: