CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

CINTA ITU CINTA KITA (part 5 )

“Mira! Cepatlah, kak Ana kamu ni dah lama tunggu.” Sahut Faridah kepada anaknya.

 

“Dia tu Ana, macam tu lah. Tak boleh tepat masa.” Omel Faridah. Suzana hanya tersenyum. Dia sudah lali dengan sikap Amira.

 

“Ha, dah siap. Along dengan angah mana ibu?” Tanya Amira.

 

“Mana lagi kalau bukan ke padang golf sana.”

 

“Oh. Jom kak, nanti lambat.”

 

“Kami pergi dulu mak cik.” Suzana meminta diri.

 

“Hati-hati Ana. Kirim salam dengan mak kamu ya. Lama rasanya tak ke sana. Padahal bukan jauh sangat.”

 

“InsyaAllah.” Sahut Suzana.

 

“Ye ke? Habis, apa keputusannya?” Suzana ghairah ingin tahu jawapan dari Amira.

 

“Belum tahu lagi sebenarnya. Semua orang belum tahu termasuk Yazid. Mira nak tengok kesungguhan dia yang sebenar.”

 

“Betul tu Mira. Jangan jadi macam akak.” Suara Suzana kian kendur, namun cuba diceriakan.

 

“Eh, maaf kak, Mira tak berniat nak…” Amira jadi serba salah.

 

“Tak apa. Dah lah, jom movie pun dah nak mula.” Mereka melangkah menuju ke panggung.

 

“So macam mana? Best tak kat sana?” Tanya Adif.

 

“Best? Best kerja? Boleh lah, tapi aku puas sebab semua dah selesai.” Airil menguap lagi.

 

“Kau tak cukup tidur ke malam tadi?” Tanya Adif.

 

“Tak ada lah. Sedara aku baru duduk rumah aku. Lama jugak tak jumpa. Sekali sembang sampai dua tiga pagi baru tidur.” Terbayang wajah Shahrul di mindanya. Adif hanya tersenyum. Tiba-tiba Kamala memasuki ruang pantri.

 

“Hai Airil. How are you? Don’t forget pukul 2.30 petang nanti kita semua ada meeting dengan big boss okey.” Kamala mengingatkan mereka. Adif dan Airil mengangguk serentak.

Suzana sedang menyemak proposer yang ingin dihantar kepada Encik Riduan sebentar lagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dilihatnya paparan nama di skrin. Tergamam seketika walaupun nama dan nombor itu lama sudah dibuang tapi nombor itu tetap tak dapat dilupakan. Tidak lama kemudian, nada itu mati dengan sendirinya.

 

“Kalau tak ada apa lagi, saya minta diri dulu.” Suzana ingin berundur.

 

“Ya, silakan.” Encik Riduan terus membelek proposal di tangannya itu. Suzana menyemak jadualnya.

 

“Oh, meeting lagi sampai lunch. Cantik, terus lunch.” Suzana segera mengemas fail-failnya dan meninggalkan biliknya. Pintu bilik Shahrul diketuk Shahrul tersenyum menyambut kedatangan gadis itu.

 

“Shah, saya ada hal di luar. Maybe balik lepas lunch. Nanti proposal yang Encik Riduan tengah check tu, awak tolong bagi tau saya mana yang Encik Riduan tak puas hati.”

 

“Awak nak saya temankan awak ke?”

 

“Eh, tak apa. Saya boleh pergi sendiri.”

 

“Shah, you nak I buatkan you air ke? Air apa? Air panas ke?” Tiba-tiba Zura mencelah antara mereka berdua.

 

“Its ok. I tak nak minum.” Shahrul mengelak.

 

“Tak apalah, saya pergi dulu.”Suzana berlalu pergi.

 

“You sure tak nak air?” Tanya Zura lagi dengan penuh menggoda.

 

“Tak. Tak apa, I boleh ambil sendiri.” Shahrul berlalu pergi meninggalkan Zura keseorangan disitu.

 

Shahrul mencuci tangannya di sinki. Terbayang wajah ayu Suzana. Wajahnya bujur sirih, matanya seakan mata arab, tanpa perlu bedak atau lipstick tebal, dia sudah kelihatan begitu anggun. Tambahan lgi di sebalik tudungnya itu menyisip berjuta rahsia. Panjang manakah rambutnya. Shahrul tersenyum sendiri apabila mengingati malam itu. Panjang berjela ceritanya dengan Airil, tapi semuanya mengenai Suzana. Tapi nama itu belum lagi Airil ketahui. Sengaja ingin dirahsiakan.

 

“Baiklah Encik Zamri dan Encik Param. Terima kasih. Nice to meet you.”


”Welcome Miss Suzana.” Suzana tersenyum.

 

Suzana melihat jam tangannya. Dia mula mengatur langkah untuk menuju ke keretanya. Tiba-tiba langkahnya dihalang oleh seseorang. Suzana mencuba untuk ke kiri tetapi langkahnya dihalang lagi.

 

“Maaf encik. Saya nak lalu.”Suzana mencuba mengelak.

 

“Sayang, jangan buat I macam ni. I sangat rindukan you saying.” Rayu lelaki itu.

 

“Maaf encik, mungkin encik salah orang.” Suzana terus berlalu, namun tangan lelaki itu lebih pantas menyambar tangan Suzana.

 

“Sayang, dengar dulu penjelasan I”

 

“Haikal, lepaskan I. Lepaslah, I menjerit nanti Haikal.”Suzana mengugut dalam takut. Suzana meronta-ronta minta tangannya dilepaskan. Namun Haikal bertindak ganas. Mulut Suzana di tutup. Suzana sudah mula menggigit takut diapa-apakan. Dia tetap mencuba menolak tubuh itu sejauh mungkin tetapi gagal. Tiba-tiba tubuh Haikal terpelanting jauh. Suzana terkejut. Dihadapan matanya, dia melihat Haikal dibelasah oleh seorang lelaki.

 

“Aku nampak kau ganggu tuning aku lagi, aku akan pastikan kau tak akan selamat.” Ugut lelaki itu kepada Haikal.

 

Haikal terus hilang tak tahu kemana. Lelaki itu mendkati Suzana.

 

“Cik, cik tak apa-apa ke?”  Tanya lelaki itu.

 

“Suzana.” Suzana menoleh disaat namany dipanggil.

 

“Siapa lelaki tadi tu?” Tanya Airil.

 

“Bekas teman lelaki.”

 

“Dia nak apa?”

 

Suzana hanya menggelengkan kepalanya.

 

“Balik nanti biar abang hantar. Bahaya kalau dia follow Ana lagi.” Suzana hanya mengangguk lemah.

 

“Suzana janggal lah untuk panggil Airil ‘abang’. Lain je bunyinya.

0 comments: