CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

CINTA ITU CINTA KITA (part 4)

Maria menjenguk keluar, dia melihat kereta anak tunggalnya itu memasuki perkaranagn banglonya itu.

 

“Assalamualaikum. Ibu sihat? Ayah man ibu?” Tanya Airil sambil membawa beg pakaiannya ke ruang tamu.

 

“Em… Ayah kamu tu, waktu begini mana ada di rumah. Tu ha, keluar dengan kawan-kawan dia. Macam mana kerja kamu? Dah selesai?” Tanya Maria.

 

“Dah ibu. Saya dengan Shah tinggal sini ke ibu?” Tanya Airil.

 

“Betul lah tu.” Jawab Maria.

 

“Baguslah. Lepas ni saya tak lah sorang-sorang. Ada jugak kawan. Ibu, saya naik dulu ya. Nak mandi, pastu nak rehat kejap.”

 

“Ye lah.”

 

Suzana menatap wajah bujuh sirihnya di hadapan cermin. Tiba-tiba suara itu menyapanya.

 

“Suzana, you tau tak pengganti Syamri? Handsome. Muka dia tu macam pelakon Korea.” Bersungguh Zura bercerita.

 

“Lagi, you tau, badan dia tegap. Dari wajah tampan dia tu, I yakin dia akan jatuh ke pelukan I.” Zura berkata dengan penuh yakin.

 

“Ye ke? Siapa nama dia?” Tanya Suzana acuh tak acuh.

 

“Nama dia Encik Shahrul bin Tarmizi. Kalau you tengok pun, pasti you cair punya.” Zura seperti diserang angau.

 

“I pergi dulu lah.” Suzana meminta diri. Rasanya sudah tidak tahan dia di dalam toilet tu lama-lama.

 

“Lah, cepatnya. Tak apalah, nanti you jumpa my hero tu, you cakap kat dia I Love You daripada I okey.” Kata Zura dengan melentikkan tubuhnya. Suzana terasa ingin tergelak namun di tahan.

 

“InsyaAllah.” Suzana berlalu. “Meluat betul.” Suzana membetul-betulkan tudungnya.

 

Tiba-tiba namanya di panggil. Suzana menoleh.

 

“Eh! Encik Riduan.”

“So, macam mana meeting tadi?”

 

“Kita berjaya Encik Riduan.” Kata Suzana.

 

“Good job. Ni Suzana. Awak dah kenal dengan partner awak tu?”

 

Suzana menggeleng.

 

“Orangnya ini macam.” Suzana tergelak melihat aksi Encik Riduan yang menunjukkan ibu jarinya. Shahrul yang sedang berjalan menuju ke biliknya terkejut apabila namanya di panggil. Shahrul menoleh.

 

“Mari saya kenalkan. Ini dia partner awak. Shahrul, ini Suzana. Suzana, ini Shahrul. Saya berharap kamu berdua boleh bekerjasama. Okey lah, saya ada hal. Saya pergi dulu.” Kelibat itu menghilang daripada pandangan mata.

 

“Manis sungguh gadis ini bertudung. Sesuai benar dengan kulit wajahnya dan menampakkan keayuan seorang gadis Melayu.”

 

“Saya Shah….”

 

“Shahrul bin Tarmizi.” Pintas Suzana.

 

“Awak tahu nama penuh saya?”

 

“Semua orang dah cerita pasal awak. Mana taknya aya dah tahu.” Suzana berkata lalu berjalan menuju ke biliknya namun langkahnya terhenti. Shahrul tersenyum.

 

“What is you name?” Walaupun nama itu sudah dihafal, sengaja ingin mendengar lagi.

 

“Suzana Syafik.” Suzana berlalu.

0 comments: